f Sometimes you win, sometimes you learn.: January 2014

Friday 24 January 2014

E- day Part 2 : Baju Tunang

Assalamualaikum

Start tengok baju tunang anak Rosyam Nor aritu, terus aku cop design tu! hehe. suke3, cantik je dress dia. cam kat bawah ni haa..




Sebelum beli kain, kenala tanya tailor dulu kan. karang tak cukup kain pulak.

okey, kalau nak beli kain nak buat dress camni, seeloknya beli kain chiffon. lagi mahal dan berat lagi bagus. Aku beli kain kat kamdar je. pun oke jugak.


contoh ukuran kain aku :  (untuk saiz badan kecik je tau hihi)

DRESS

- kain chiffon plain. beli yang elok. kat kamdar RM 14.90 / semeter

- cari bidang 60 ye ( baru dapat kedut ALA-ALA PRINCESS )

- beli 6 meter ( untuk dress + veil)

* kalau tak nak buat veil, beli 5 meter jer

INNER

 - kain satin /pape pun bole. nak cantik kain satin la. aku beli RM 9.90 / semeter (bidang 45)

- if bidang 60, beli 4 meter

- if bidang biasa, beli 5 meter










Design yang macam ni la yang aku tempah. tapi ada lengan ye. harap maklum. kang terkejut pulak bakal MIL aku. terus tak jadi sarung cincin pulak nanti. huhu

disebabkan hantaran dah siap di- DIY, dan banyak warna peach & pink sikit-sikit, so aku decide nak pakai dress warna pink.










Ni la kainnya.. chiffon plain dan tampal lace jer.border lace untuk tangan dan veil. lace bunga untuk pinggang.

Bajet : 
kain - RM125.01 ( less 10% utk each chiffon dan satin )
lace - RM38 ( lace bunga 2 keping & border lace 1 meter )
Total - RM163




Eeeeeeiiii tak sabarnya nak tunggu dress siap dan tak sabar nak jalan sambil kibas-kibas kain dress tu. hihihi

yang bestnya, akak tu amek tempahan rm80 sajoooooo. murah kan kan. Jahit dress termasuk tampal lace. buat veil harga lain nanti. tapi takpe, tetap murah jugak.


kalau kat pekan Taiping, tempah dress camni rm180. kat butik tettttt rm400. *pengsan*

okbai :)

Wednesday 22 January 2014

Paper Doll



Buat entry sambil senyum sorang-sorang teringat kecomelan aku zaman kecik-kecik dulu. dah la comel, baik, sopan pemalu pulak tu. hikhikhik  

(gediknya) -_-


oke dah. ni lah paper doll @ patung kertas. mainan faveret kecik-kecik.




dulu suka pegi kedai runcit Ah Keng. macam macam mainan dia ada. disebabkan tak mampu nak beli mainan yang ringgit-ringgit (macam tora), ak pun beli la paper doll ni. harga pun murah, bape posen je pun. pegi beli dengan kawan. kami pun semangat pilih paper doll mana yang cantik. ingat senang ke ha nak pilih. lama la jugak pilih-pilih paper doll ni.

yela, paper doll ni ada banyak jenis. ada rambut kuning la, coklat la, muka lawa, muka tak lawa. pening tau. hihihi. pastu pastu, sambil pilih-pilih, sambil cium bau paper tu. bau dia tak wangi pon. tapi bau kertas baru kan. aku suka. alah, macam kadang-kadang ada orang beli buku baru pastu dia mesti selak sikit cium bau buku baru tu kan? haa. macam tu la lebih kurang.

bila dah balik rumah, cepat-cepat koyak dia punya baju, badan, handbag, kasut, sume-sume lah. pastu bandingkan dengan kawan aku nyer patung.

"aku ada ni"
"kasut aku macam ni"
"ang punya?"


paling tak syok baju dia dia jenis sangkut kat bahu. nak lipat tu pun kena hati-hati tau. kalau terkoyak, tak leh dah la sangkut baju. tapi memang salu terkoyak pun. ari-ari duk selalu main sorang-sorang dalam bilik. heee

lepas dah abes main, aku selalu letak atas kertas surat khabar. letak memanjang pastu susun satu-satu.baru tak selerak. pastu tolak masuk bawah katil. esoknya, tarik je surat khabar bawah katil pastu main sorang-sorang dalam bilik.

ye,sorang-sorang je.sobs T_T


kalauuuu lah ada jual lagi. aku nak simpan bagi anak aku main nanti. agaknya camni lah nanti kot,


"gegurl, lipat kat bahu doll camni tau pastu sangkut kat sini ye"

"gegurl, jom kita pegi shopping"

"gegurl, bagi doll pakai baju gaun ok"


kalau tetibe,

"mummy, tak nak main paper doll. nak Ipad."

laju-laju mummy sekeh awak gegirl.


dah tu, sapa nak main dgn aku???

oke bai.


Tuesday 21 January 2014

E-Day part 1 - checklist

Assalamualaikum

susah jugak nak kawen ek?

ayat first kuar bila abes listkan preparation untuk kawin nanti. panjang betul list. itu nak beli, ini nak kena buat. bajet bajet bajet adoi

so, ada 12 bulan lg nak kawen. tapi sebelum tu, kena bertunang dulu. 2 bulan je lagi nak tunang. kalauuuu lah tak buat majlis tunang, mesti dapat save bajet kan kan. huhu

tapi...

kang nyesal pulak kan. aku pun nak jugak rasa jadi tunangan orang. pasni pegi kelas pakai cincin gituu. hihihi


oke, ini antara checlist aku. biasa-biasa je.

1. Tarikh : 29/3/2014 (InsyaAllah)
2. Masa : 2 petang kat rumah
3. Makan Minum : mak abah yang setelkan 


4.Tema : peach+pink
5.Tema untuk family : tak decide lagi 

6. Baju : tempah
- Dress
- Veil
- Tudung/shawl kat dalam
- Lace

7. Hantaran : DIY
- pakai polisterin
- peach (dominan)  + pink

barang-barang:
> sirih junjung
> baju melayu nikah
> songkok/sampin @ kuih bahulu jela haha
> cupcake
> biskut tat nenas
> biskut lidah kucing (pupuslah kucing pasni)
> coklat
> buah-buahan


8. Doorgift : DIY maybe hihi
- Paper bag (coklat)
- Doily paper
- Ribbon peach

9. Makeup
- tak tau nak amek kat sapa. berserah jelah. sobs

10. Pelamin : DIY
- kakngah and her husband nak tolong buat. hihi


 itu jeee okbai :)
 

Thursday 9 January 2014

Bila takleh tido malam

HA dah tido. sobs.

then...

macam biasa la. duk baca blog orang. lepas baca blog irine nadia, tengok anak dia yang comel-comel tu, kita cari blog lain pulak.

pastu pastu mula la nanges-nanges terharu punye pasal baca kisah orang. eee. ngada betoi.

contoh?



aku tak kenal pun ni blog sapa. tapi, im happy for her. ak faham pe yg dia rasa. kunun. hihi. mesti best kan dapat cemtu. winkwink!

adoi.. mata tokleh nak tido. esok bangun pukul 2 petang la nampaknyaaa.

opss!


mohon incik HA tak marah kalo bini dia bangun lambat ye nanti.wekk  =P

Lagu yang buat aku berangan. hiks


( kupinang kau dengan bismillah by Pasha feat Rossa )



( Dengarlah bintang hatiku by De Meisis )


kalo time kenduri nanti, HA nyanyikan dua2 lagu ni kan best. hihihi. konfem-konfem nangis terharu tau.. :')
ok dah, berangannnnn ~


Wednesday 1 January 2014

Hantar Tanda

Assalamualaikum

Demi tarikh 21/12/2013 ni, ak sanggup berpenat lelah seharian tunggu bus. bayangkan dari UUM 10am then 7pm baru sampai rumah. kalo naik keta, 3 jam je kowt. fuhh.  penat memang penat, tapi takpe. eksaited punya pasal untuk hari sabtu, 21/12/2013 ni. hihihi

Akhirnya, setelah 4 tahun, family HA datang rumah. simple je, datang sembang bawak hajat, pastu makan-makan. Alhamdulillah, semua oke je.

Takda sarung-sarung cincin bagai. diorang hantar tanda dengan kek choc. indulgence je. hihihi





Thanks B.. :')

Hadiah "ulangtahun" ke-4

Assalamualaikum


(flashback 14/12/2013, around 8.30 pm)

*tepon bunyi*

HA : sem depan start bila? praktikal bila? bila cuti sem? suti midsem bila?

soalan yang buat aku heran.. pemende lah mamat ni duk tanya-tanya..

Aku : nape tanya ni? nak pergi jalan-jalan ea?

HA : a'ah. nak pergi bercuti. hehehe

Aku : *dalam hati* e'eleh. ye ye je nak bawak aku p bercuti.  -___-

tutt tutt. letak henpon.


-----------------------------------------------------------------

*tepon bunyi lagi*

HA : ermm...ermm.. sebenarnya bukan nak pegi bercuti..erm, camana nak cakap eh.. takpelah, b terus terang jela ea..sempena ulangtahun kita yang ke-4 ni, ..........................................................(tetttt, hehehe)

aku pun terdiam.terkedu. terrrrrr malu. wiwiwi
padahal dalam hati ni, yeah yeah yeah! HA ajak aku kawen laaa! (sambil sengih lebar-lebar)

So, 14/12/2013, genap 4 tahun kami "berkawan".. kiranya lamaran ajak kawen ni hadiah ulangtahun yang ke-4 lah.. aww, sweetnya rasa. hihihi. thanks B!

so plan, family HA hantar tanda@ merisik dulu, bertunang bulan 3 then sempena ulangtahun ke-5, 14/12/2014 tarikh kenduri. harap-harap menjadi.. :)



p/s to HA: terer tak aku bole hafal dialog ang? hihi



Welcome 2014 !

Assalamualaikum

Dah masuk tahun 2014. Moga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin..

2014 - umur 23 tahun.

huh, macam tak caya je..

 -_____-


well,selamat datang 2014. tahun ni tahun yang busy untuk ak.

- semester last
- bertunang
- final exam
- praktikal
- kahwin

Moga Allah permudahkan. =')