f Sometimes you win, sometimes you learn.: Episod Terindah 3

Tuesday, 4 September 2012

Episod Terindah 3


(note: entry copy dari blog lama)

dan ini sambungan sampai penghabisan ...
..................................................................................

watak:

N - BOY

S - GURL

J & K - member S

... pagi esoknya masa nak pergi kursus amek lesen, kat kedai belajar memandu tu S nampak N lintas depan S naik moto... S senyum je, dan terus tengok N sampai dah tak bole nampak dia dah... kalau lah N tahu perasaan S pada N masa tu..kan best kalau dia tahu yang S sukakan dia...


tapi tak ada sape pun tahu perasaan S masa tu...


dan... lepas N sambung belajar, S langsung tak pernah jumpa N lagi dah... 

.......................
2009


sementara tunggu tawaran belajar, S pegi ke Melaka melawat

akaknya.. dan pada satu hari tu S rasa hati tak tenang sangat sangat.. nape entah..asyik teringat kat N sorang je tak habes habes..

dalam hati... " aku ni dah gila ke duk teringat dia pagi, siang, malam ?? "

memang S rasa tak tenang sangat sangat.. dia dah cuba happykan diri dia dengan bergurau, keluar dengan family.. tapi, S masih teringatkan dia.. perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata kata.. hati je yang dapat merasa..

" aku rindukan N ke ni ? "


lebih kurang seminggu lebih jugak , benda ni terjadi pada S.. S rasa tertekan sangat... kenapa dia terpaksa tanggung sorang sorang perasaan ni...


bila dah lama jiwa S tertekan, S semakin benci dengan N.. S benci sebab N dah buat S terpaksa tanggung derita perasaan sorang sorang... tak sapa pun tahu perasaan S masa tu.. S macam dah gila, walaupun dari luarnya nampak normal.. 


normal ke kalau tiap kali S cuba untuk tido, tapi bayangan N tetap ada? tiap kali pejam mata masa baring, asyik teringat detik detik bersama sama N kat sekolah ? S memang bencikan perasaan tu... S takut nak bayangkan diri dia masa depan nanti..


S takut kalau kalau, dia betul betul akan gila.. memang lawak kan. tapi serius, fikiran S dah macam tak betul..bila dia duk sorang sorang, dia akan menangis.. tangisan tu disebabkan lelaki bernama N.. S mulalah terfikir, kesiannya mak nanti kalau anak dia sorang ni gila nanti.. S berusaha jadi macam biasa.. tapi tak boleh.. sejak tu, S selalu duduk dalam blik sorang sorang.. terkenangkan nasib dia yang meminati seorang lelaki yang langsung tak pernah sedar kehadiran dia.. S ingat bla dah tak jumpa beberapa bulan sejak habis sekolah, perasaan tu akan hilang...

tapi...

dah sekian lama dia hilangkan perasaan tu, tiba tiba perasaan lama pada N tu datang balik, dan lebih parah... dia sangat sangat teringin untuk jumpa lagi N.. ye, semua tu hanya angan angan.. N tak mungkn ingat pada S lagi..

" kan bagus kalau N mesej aku... hmmm.. "

"sedarla diri tu, N tak pernah ingat pun ! "

hari hari S cakap benda yang sama macam tu pada diri dia, supaya dia akan tenang.. tapi tak, perasaan dia tetap sama.. fikiran dia tetap pada N.. S dah tak tahu nak buat apa lagi.. tiap saat, dia ingatkan N.. semakin S cuba lupakan N, semakin tak tenang hati S..

S cuba mesej,nak luahkan pada kawan rapat dia.. tapi S tak mampu nak ceritakan perasaan sebenar, sebab orang lain tak kan faham apa yang dia rasa.. tak akan faham.. 

macam macam S dah buat untuk tenangkan hati dia.. tapi hati S tetap sama..dan akhirnya S sedar, tak guna kalau dia menyalahkan sesiapa... dan tak perlu dia mencari orang untuk mengadu masalah sendiri.. hanya satu je tempat mengadu yang paling baik... mengadu pada Allah..

sejak pada tu, tiap kali habes solat, S akan berdoa dan mengadu setiap apa sahaja perasaan yang tak tenang padaNya.. S tahu, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk dirinya...

" Ya Allah, hanya kepada engkaulah tempat aku mengadu.. apa perasaan yang aku rasa sekarang ni sebenarnya.. aku cintakan dia ke? aku rindukan dia ke ? aku sangat menderita dengan perasaan aku sendiri ya Allah.. hanya engkau yang tahu hikmah semua ni.. Ya Allah, kau bagilah "N" rasa apa yang aku rasa.. tak adil untuk aku rasa sorang ..biarlah dia rasa jugak.. kalau kami ada jodoh, kau dekatkanlah.. kau permudahkanlah.. Aku nak dia rasa apa yang aku rasa, aku dah penat tanggung seorang perasaan ni..kalau betul dia untukku, kau berilah petanda dan jalannya ya Allah.. "

(kejam ke doa ni ? tak kan ? hehe )


S selalu mengadu macam tu setelah dia dah tak ada pilihan lain.. hanya kepadaNya tempat mengadu paling mujarab sekali.. dan setiap kali dia mengadu, setiap kali tu lah dia akan menangis sebab perasaannya yang tak tertahan lagi..

S menangis mengenangkan nasib dia yang terpaksa menanggung perasaan pada seseorang yang langsung tak pernah sedar kehadiran diri dia..

seseorang yang tengah bergembira di saat S sendiri tengah menderita tanggung perasaan sorang sorang..

sesorang yang dah mungkin bahagia dengan orang lain, tapi S yang kecewa.. hmm, semua tu mungkin sedang terjadi masa tu... T__T

semakin S cuba hilangkan perasaan tu, semakin kuat ingatan S pada detik pertama dia berjumpa dengan N.. tapi, S serahkan semuanya pada takdir... kalau benar N adalah untukknya, pasti akan ada jalannya.. S terus mengadu, mengadu dan sabar... sehingalah S dapat kembali kehidupannya yang seperti dahulu.. dan perasaan tak tenang kembali normal sedikit demi sedikit...

setelah lama bercuti, S masuk ke form 6.. S mulakan hidup baru bergelar pelajar kembali.. selepas lama duduk di melaka, akhirnya S dapat bertemu kembali dengan kawan kawan lama dia... hidup sebaga pelajar form 6 memang best pada permulaanya.. best kerana kta adalah senior..best kerana masing masing dah matang... dan paling penting pada S, best kerana dia dikelilingi kawan kawan dan tak terperap memkirkan N lagi...

tapi...

haritu, kawan S mula bercakap kisah soal hati dan perasaan..kawan S mula ceritakan kisah secret admire dia, ataupun kekasih gelap dia... sekali lagi, S terus teringat kepada sesorang yang pernah menjadikan hati dia tak tenang.. pada mulanya S langsung tak nak bercakap lagi pasal N, tapi..dia dah tak tahan lagi untuk mengadu pada kawan dia sendiri.. sedikit demi sedikit, S ceritakan segala galanya, perasaan yang dia rasa , apa yang dia harapkan, apa yang dia dah lakukan dan semuanya.. benar, kawan juga dapat mengubat sedikit hati yang lara.. S makin kuat dengan adanya seseorang bergelar kawan..

dan satu hari...


K :  " S, N da sombong kan sekarang.. tak mesej dah pun.. "

S :  " Yelah, orang tu kan dah dapat belajar kat sana.. tak ingat la tu kita kat sini..  "

K :  " N dah tukar nombor ke r ? "

S :  " Manala aku tau.. aku lagilah tak da nombor dia.. ang takpelah ada nombor dia, tryla  mesej je nanti... "

dalam hati S.. " bestla dia ada nombor N.. aku tak ada..  = (  "

hmm..memang harapan untuk dekat dengan N tak ada kan.. memang tak ada.. nombor dia pun S tak ada.. teringin nak mintak, tapi malulah..nanti dia kata ape pulak.. nak mesej pun tak ada motif.. hmmm, biar jelah...

setelah lebih kurang dua minggu S mengadu pada kawannya sorang tu, S menerima satu kejutan yang dirasakan sangat tak dijangka...
............................................

S dapat mesej...

" salam sue, abg nuar ni..nak tanya pasal akak sue sikit "

sejak S dapat mesej tu, semuanya berubah... S jadi tak keruan dan tiap saat S akan terfikirkan N sorang je.. tapi kali ni lain, tak lagi macam dulu.. tak lagi macam nak gila teringat sorang sorang,  tak lagi menangis tiap kali berseorangan, tak lagi mengadu yang sedih sedih...

pernah S cerita pada kawan dia hari tu...

" J, ang ingat tak aku pernah cerita pasal secret admire aku haritu ? akhirnya, dia mesej aku tau.. "
itulah dialog yang paling dinantikan oleh S... S tak sangka dia akan cakap macam tu, dengan gembira tak ingat dunia.. hanya kerana 1 mesej, dia terlampau seronok... dan...bagi S, semua ni seperti kebetulan sebab dia pernah berharap suatu masa dulu N akan mesej dengannya... dia juga pernah berharap, doa doa setiap kali dia mengadu tu akan jadi kenyataan... dan, sekarang semuanya dah terjadi seperti yang dharapkan..

lepas hari demi hari bermesej, S dan N semakin rapat...

masa kat sekolah, S tak sabar sabar nak balik nak mesej dengan N...

masa balik sekolah, S berharap sangat sangat N akan mesej dia dulu...

kalau N tak mesej S balik sekolah, S rasa bosan, sunyi, tak tau nak buat apa.. nak mesej N, S segan nak mulakan...

tapi lepas makin selalu bermesej, S tak segan lagi dah... balik sekolah je, S mesej N dulu.. walaupun mereka hanya sekadar kawan.. S mesti nak sentiasa bermesej..

masa tu, S dan N selalu berbalas mesej yang comel comel.. contohnya macam..

1 + 1= 2 mata merenungmu, 12 + 12= 24 jam fikirkan ttg kamu,
3 + 4= 7 hari merinduimu, 1 + 11= 12 bulan tersebut sebut nama kamu dan
1 - 0= 1 hati kecil berdoa agar kamu tidak melupakanku.. !


( tengah taip ni sambil senyum sorang sorang okey ! )

......................................................................


S dan N berkawan seperti biasa... dan sehinggalah pada hari raya tahun 2009..

 N kena raya di Johor, dan S raya jauh dari N.. raya kedua tu, S ada hari keluarga.. S bosan sebab kawan ramai yang busy... dan S semakin bosan menunggu mesej N yang tak sampai sampai..

" taulah aku ni kawan dia je, tak nak mesej aku kenapa... busy sangat ke sampai tak leh mesej.. "

 tu jelah yang S cakap dalam hati banyak kali... penat dia menunggu..mungkin terlampau tunjuk muka bosan, abang sepupu S tanya..

" tunggu mesej dari yang tersayang ke ? ''

malu S... ye, memang dia yang tersayang.. tapi untuk N, belum tentu S jadi yang tersayang... dan S bosan, bosan dan bosan lagi.. 

" sampai hati dia... "

tapi S faham, N busy sambut beraya dengan kawan kawan dia yang lain..
 ................................................................

 makin lama, S dan N makin rapat... N mula tawarkan untuk ambil S sebagai adik angkat.. S jadi serba salah... terus je S cakap dia taknak jadi adik angkat... kalaulah N tahu kenapa dia tolak pelawaan tuu...

S tak nak jadi sekadar adik angkat.. mungkin lepas S jadi adik angkat, S dan N boleh makin rapat.. tapi bagi S tak.. dia tak nak jadi adik angkat.. bagi S, sekali dia jadi adik angkat, perasaan dan layanan kepada abang angkat akan terus sama dan takkan berubah sampai bila bila... dan peluang untuk mendapatkan N akan hilang macam tu je..

tapi tak kan lah S nak ceritakan semua tu pada N... tak kan nak terus terang pada N yang S tak nak jadi adik angkat, S nak jadi girlfrend N ! tak kan nak cakap macam tu? hmmm...

tapi, N terima semua tu.. dia tak marah dan tak kecil hati S tolak permintaan dia.. dan sejak tu, S dan N makin selesa berkawan...

dan sehinggalah satu masa, N minta couple dengan S...

S sangat teruja sebab itulah yang dia nak selama ni... tapi S tak terima jugak N...S tolak dengan alasan nak sekolah dulu...nak utamakan pelajaran.. lag pun memang S dah amalkan benda tu, tak nak bercinta masa dalam persekolahan.. tapi N cakap, dia sanggup tunggu sampai S sedia..

akibat S tolak, S menyesal.. banyak kali S fikir, kalaulah N tak sanggup tunggu... mesti S lagi merana..

lagipun, kalau lah N tahu... S dah lama tunggu N... seksanya tanggung perasaan satu masa dulu, dan sekarang biarlah N rasa jugak apa yang S rasakan.. kalau betul kita ditakdirkan bersama, mesti N akan sanggup tunggu kan...

lepas tu, N sekali lagi minta perkara yang sama.. dan sekali lagi S tolak dengan alasan yang macam macam direka.. kali ni bukan apa, S nak tengok sampai bila N boleh tunggu S... sejauh mana cinta yang N selalu cakap pada S... masih setiakah N untuk menunggu S sampai bila bila ?

dan setelah berkali kali N buat permintaan yang sama, S semakin yakin pada kejujuran N dan kesetiaan N.. S semakin sedia untuk terima N.. walaupun belum habis sekolah, N dah berjaya runtuhkan prinsip S yang dah lama tu.. ni semua sebab S sendiri yang dah lama sukakan N...

dan juga, dulu S pernah mengadu supaya diberikan petanda dan jalannya jika dia jodohku.. peluang dah berada depan mata, S tak sanggup hilang peluang tu lagi..

14 December 2009, pukul 11.35 mlm, S terima N sebagai lelaki yang istmewa dalam hidupnya.. sebelum ni, S tak pernah meletakkan mana mana lelaki dalam hati dia sebagai yang istmewa.. setelah lama bertahan dan terlalu memilih , akhirnya S setuju bercouple dengan seorang lelaki..

malam tu, S tidur tak lena.. masih tersenyum seorang diri... tersenyum teringat mesej mesej yang S dan N berbalas tanda setuju couple..tersenyum jugak sebab tak sangka dia akan setuju couple dengan N...  tersenyum jugak sebab masih teringat detik detik teruja terima couple dari N.. tersenyum jugak sebab teringat suara N yang seronok lepas cinta dia berbalas... tersenyum jugak sebab semua yang terjadi malam tu bagaikan mimpi...

dan sekarang, JUN 2011, cinta antara S dan N kekal bertahan... 

N adalah Hairul Anuar..
dan
S adalah Syuhada..

3 episod terindah ni sebagai bukti kita pernah bahagia bersama...kisah S dan N dari mula sampai akhirnya... kisah ni tak kan dilupakan sampai bila bila...  

" Terima kasih N sudi menunggu cinta S selama ni... "

Buat Bie bergelar N yang tgh baca ni... moga kita saling setia, saling jujur, saling menyintai, bahagia sampai akhirnya... Bie orang pertama dan insyaAllah orang yang terakhir dalam hati sayang... tak ada orang lain selain bie.. dan moga tak ada orang lain selain sayang ye bie... walau apa pun yang jadi , sama-sama lah kita jaga hubungan kita baik baik ea.. Bie janganlah buat sayang selalu cemburu tau.. Bie, apepun terima kasih sebab terima sayang seadanya... love u so much !
I love you, not because of what you have but because of what I feels.. I care for you, not because you need care but because I want to.. I'm always here for you, not because i wan't you to be with me but because i want to be with you...

Never ask why I love you, just accept that I do, and that I will for the rest of my life...

0 kata-kata hikmat: